Loading...
There was an error in this gadget

Saturday, July 2, 2011

RESEPI ayam MASOK MEROH

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dipotong bulat)
1 ulas bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 sudu cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.

OM: Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.

Share

No comments:

Post a Comment