Loading...
There was an error in this gadget

Sunday, June 26, 2011

resepi sotong sumbat(ketupat sotong)


Bahan-bahan

10-12 Ekor Sotong Putih

200g Beras Pulut (boleh dianggar)

Santan Kelapa (dari 1-1 1/2 biji kelapa - sedikit untuk merendam pulut)

2-3 ketul Manisan@Gula Melaka

2-3 Helai Daun Pandan (simpulkan)

3-5 Kuntum Bunga Cengkih

Gula (terpulang)

Garam (terpulang)

buluh/lidi pencungkil gigi

Cara-caranya

1. Rendam beras pulut lebih kurang 1 jam dengan santan.

2. Bersihkan sotong, buang segala isi perutnya.

3. Kemudian masukkan pulut yang telah direndam tadi kedalam sotong lebih kurang 3/4 badan sotong.

4. Sematkan kepala sotong kebadan sotong menggunakan buluh pengcukil tadi agar pulut tidak keluar bila dimasak.

5. Susun sotong kedalam periuk.Masukkan santan dan lebihan santan yang digunakan untuk merendam sotong,garam,gula,manisan@gula Melaka,daun pandan dan bunga cengkih.

6. Kacau hingga mendidih, sehingga pulut masak dan pekat kuahnya. Rasa manis dan lemaknya.

6. Hidangkan(boleh di potong-potong). Selamat Mencuba

Nota:

1. Gula,garam dan cengkih terpulang jika ingin dimasukkan.

2. Santan juga anggarkan

Share

No comments:

Post a Comment