Sunday, July 10, 2011

TIKA MASANYA...






Tika Masanya

Rasa rindu mula terasa padaNya.. Kerinduan yang dianugerahkan Allah s.w.t.. Lantaran kini Tika Masanya kedengaran alunan merdu memanggil manusia yang beriman dan bertakwa.. Seruan yang membawa mereka menyucikan diri menyahkan hadas yang terpalit pada zahir.. Seruan yang juga membawa penyucian kepada kekotoran maknawi yang sering tercalar pada manusia..

Ianya menyajak manusia menyucikan Allah s.w.t daripada menyekutukanNya.. Ianya juga membawa manusia yang bertahta, yang banyak hartanya, yang cantik paras rupanya dan sebagainya tunduk meletakkan tahta kepadanya ke tanah.. Rukuk dan sujud mengagungkan Allah s.w.t.. Merendahkan darjah manusia yang dinyatakan sebaik-baik kejadian..

Sememangnya, jiwa – jiwa yang keluh kesah dengan alam fana’.. Jiwa-jiwa yang mencari-cari cahaya jalan yang lurus.. Kegirangan ketika seruan ini sedang berkumandang.. Kerna dasar hatinya diketuk suara memanggil untuk menyucikan kolam hati yang kelam lantaran debuan dosa ..

Tika ini juga, sang mujahid di medan perang sedang bersiap bermunajat memohon bantuan Allah s.w.t.. Ghaza yang tidak henti – henti dicerobohi Israil yang dilaknat Allah s.w.t tidak pernah lekang dengan dentuman-dentuman yang membunuh manusia yang beriman.. Namun, di saat inilah alunan itu mententeramkan jasad yang diasak dengan kezaliman..

Alunan ini memang indah.. Ianya menyajar manusia membesarkan Pencipta.. Ianya mendidik manusia mengesakan Pencipta.. Ianya mentarbiyyah manusia menyusuri qudwah Rasulallah s.a.w dengan membenarkan risalah.. Ianya juga membawa manusia bersatu di dalam satu Saff yang utuh membina ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang bakal menatijahkan kejayaan kepada manusia dalam merialisasikan konsep khalifah di muka bumi ini..

Kisah Silam ada menyebut, Pemerintah Negara Islam Madinah.. Muhammad Rasulallah s.a.w, ketika kedengaran seruan ini.. Pasti ditinggalkan segala yang nikmat dipandangan mata untuk menyahutnya.. Hatta, ketika bersama isteri yang tercinta.. Ibnu Abbas r.a, pernah seketika tidak dapat bersama menyahut seruan ini lantaran keuzuran.. Bercucuran air matanya kerana rindunya pada seruan.. Begitujugalah, golongan para sahabat r.hum yang lain..

Alunan ini jugalah, yang menjadi asas ketamadunan Islam yang memerintah sepertiga dunia.. Alunan ini jugalah, yang menjadi asas proses pemahanan aqidah, syariat dan tasawwuf.. Alunan ini jugalah, yang menjadi asas perkembangan keilmuan perubatan, kejuruteraan, teknologi dan sebagainya.. Kembangnya semua ini bertunjungkan keimanan yang kukuh kepada Allah s.w.t..

Alunan inilah yang membina individu yang berintegriti, keluarga yang harmoni, masyarakat yang penyayang dan bertoleransi, Negara yang aman dan makmur serta khalifah Islamiyyah yang adil dan ihsan.. Semuanya dicapai dengan didasari alunan ini..

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah At Taubah ayat 18



ISLAM TIDAK PERNAH MENGHALANG BERHIBUR!!!
TETAPI BAIRLAH HIBURAN ITU MAMPU MEMBAWA KE SYURGA!!!
Namun, malangnya tika masanya di saat ini.. Seruan ini kini seakan tidak lagi diendahkan.. Seruan ini kini seakan tidak lagi kedengaran.. Seruan ini kini seakan tidak lagi menjadi nadi yang menggerakkan manusia untuk menyahut panggilan Allah s.w.t.. Manusia seakan tidak lagi girang menyahut alunan merdu yang menggetarkan gelombang suara..

Di ruangan munajat ini, bukannya sedikit bilangan saff yang tersedia untuk menanti jemaahnya.. Ribuan manusia boleh mengimarahkannya.. Ribuan manusia boleh rukuk dan sujud bersama bermunajat mendambakan musyahadah kepada Allah s.w.t.. Tetapi, saat ini hanya seorang dua yang setia menanti kasihNya yang abadi..

Ada juga yang terus menimba ilmu katanya.. Sedangkan alunan itu semakin ke penghujungnya.. Ada juga yang terus berniaga dan sebagainya.. Ada juga yang berkata penat, letih dan lesu.. maka, mana mungkin dapat bersama menyahut panggilan itu.. Tugasan banyak, Ujian pensyarah, kerja persatuan dan sebagainya.. Sibuk!!!!!

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” Surah Al Baqarah ayat 257

Ingatlah perintah Allah s.w.t, Dia hanya akan membantu manusia yang beriman kepadaNya.. Mereka itu mendirikan solat dan menunaikan zakat serta melaksanakan seluruh pensyariatan kepadanya termasuk tuntutan kifayah kepadanya seperti menimba ilmu kejuruteraan..

Maka, apakah halangan kepada kita untuk bersama menyahut panggilan seruan itu di awal masanya.. Bukankah Allah s.w.t menjanjikan bantuanNya.. Ingatlah Allah s.w.t bersifat qudrah dan iradah.. Dialah akan menentukan segalahnya.. Janganlah menjadikan syaitan sebagai pentas untuk memudahkan urusanmu di dunia ini..

Sebagai akhirnya, bila dibicarakan keadaan ini pada manusia.. Ada pula yang berbantah.. “Jangan bersangka buruk kataNya.. Mungkin ada kerja”.. Ada pula yang berkata.. “Mereka pergi ke tempat lain tu”.. Bukannya dinukilkan hasrat ini untuk menyalahkan sesiapa.. Bukannya mencari kesilapan manusia.. Tetapi, ianya sekadar perkongsian.. Kerna, Bagaimana mungkin khalifah Islamiyyah itu akan wujud.. Sekiranya, di dalam diri manusia itu tidak terbina khalifah Islamiyyah..

Fikir dan renungkanlah.. Allah s.w.t menjadikan ‘alam ini bukan hanya perlu dinikmati sahaja.. Tetapi, perlu memikirkan akan keesaan penciptaNya.. Jangan biarkan kejahilan diri menyebabkan kita tertipu dengan banyangan zahir yang terlihat di mata.. Sebaliknya, pandanglah sesuatu itu dengan pandangan makrifat yang melihat Pencipta di sebalik sesuatu.. Akhirnya, sahutlah seruan itu.. Tika Masanya ia berkumandang.. Kamu yang mengatur hidupmu dengan izin Allah s.w.t..

JANGAN BIARKAN IANYA TERUS KOSONG..



SAHUTLAH SERUAN ITU!!!!

Share

No comments:

Post a Comment