Tuesday, July 5, 2011

Tahukah anda, siapa tokoh ISLAM yang merekacipta Kapal Terbang pertama di Dunia?


Tokoh Islam tersebut adalah IBN FIRNAS (ABBAS Bin FIRNAS)

Dilahirkan di Korah Takrna dekat Rondo, dalam jajahan Sepanyol dan dibesarkan di Kordova sewaktu kegemilangan Andalusia.

Ibn Firnas salah seorang ahli fizik, Kimia dan Astronomi yang pernah membuat eksperimen menggabungkan bahan-bahan tanah dan batu lalu terhasil kaca..

Dengan akal yang bijak dan kreatif, Ibn Firnas merekacipta satu alat yang sampai sekarang dijadikan sebagai asas kapal terbang. Idea mereka kapal terbang pertama di dunia terhasil selepas beliau merenung burung-burung ciptaan Allah. Beliau terfikir untuk mencipta satu alat yang boleh menerbangkan manusia.


Ilmuan Islam ini telah menggegarkan dunia dengan READMORE/LESS
ciptaan yang mana kita disogokkan sewaktu kecil iaitu adik-beradik Oliver & Wilbur yang mula-mula mencipta kapal terbang.

Beliau membuat demostrasi dengan memanggil rakyat Kordova untuk menyaksikan beliau menerbangkan dirinya menuruni gunung. Penerbangannya berjaya tetapi pendaratannya agak keras sehingga tulang belakangnya cedera.

Rekaan Ibn Firnas itu sebenarnya MENDAHULUI Da Vinci selama 600 tahun manakala adik-beradik Wright selepas 1000 tahun kemudian.

Ibn Firnas antara TOKOH MUSLIM yang jarang disebut dalam sejarah tetapi catatan khazanah MUSLIM mengenai teknologi Ibn Firnas ini juga telah diangkut ke BARAT dan mula DITUKAR FAKTA!
Share

No comments:

Post a Comment