Sunday, June 5, 2011

resepi ikang kerapu 3 rase


resepi masakan ikan 3 rase..arini cuba resepi ni ya..biasanya kalau ikan segar gini masak cara mana pon insyaAllah sedap...manis isinya tu

1/2 kg ikan kerapu-dibersihkan n tos
5 ulas bawang putih-dicincang
1 biji cili merah-cincang
5 biji cili padi-cincang (depends on tahap kepedasan masing2 ya)
1 batang serai-mayang nipis2
sos cili
sos tomato
sos tiram
sos ikan
serbuk lada sulah
perasa(optional)
tepung jagung
bahan hiasan (hiris)
daun ketumbar
cili merah

-ikan digaul dengan sikit garam n serbuk lada sulah

-gaulkan ikan tadi ngan tepung jagung n deep fry sampai garing

-angkat ikan n toskan

-panaskan sikit minyak, tumiskan bawang putih, cili merah cincang, serai dan cili padi cincang hingga naik bau

-masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos ikan bersama air secukupnya
masak hingga mendidih...rasekan masin manisnya..tambah perasa jika perlu
curahkan atas ikan semasa masih panas2

-taburkan daun ketumbar dan cili merah hiris

-hidang segera....
Share

No comments:

Post a Comment