Tuesday, June 21, 2011

Hikmah Pengharaman Babi dalam Islam

BAHAYA BABI

Hikmah Pengharamannya

Prof. Ahmad H. Sakr

Profesor Biokimia dan Pakar Pemakanan

Pengharamannya

Pengharaman daging babi dalam Islam boleh ditemui secara terus dari al-Qur’an. Di dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman:

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Dari aspek kajian kimia

Lemak babi akan tetap menjadi lemak babi apabila ia dicerna di dalam badan manusia. Kajian telah dibuat ke atas lemak haiwan- haiwan yang boleh dimakan (herbivor) seperti lembu, kambing dan ayam dan lemak haiwan-haiwan yang tidak boleh dimakan (karnivor). Lemak-lemak haiwan-haiwan herbivor akan dihidrolisiskan, diserap dan disintesiskan sebagai lemak manusia untuk disimpan di dalam badan sebagai tisu adipose. Tetapi lemak haiwan karnivor tidak dapat dihidrolisiskan oleh badan manusia menyebabkan molekul-molekul lemak tadi didepositkan terus ke tisu adipose dalam badan manusia sebagai lemak haiwan dan bukan lemak badan manusia. Dan daging babi berada dalam keadaan yang sama dengan lemak haiwan-haiwan karnivor.

Kenapa ada pakar pemakanan yang menasihati pesakit-pesakitnya supaya memasukkan daging babi ke dalam diet mereka? Mereka berpendapat dalam daging babi mengandungi 67 % PUFA (polyunsaturated fatty acid). PUFA dipercayai dapat memobilisasikan mendapan kolesterol dan bentuk kristal yang keras dalam aorta (saluran darah di jantung) kepada bentuk cecair. Walaubagaimanapun, kajian susulan menunjukkan teori ini tidak sah kerana walaupun dalam daging babi mengandungi banyak peratusan PUFA, tetapi ia tidak dapat digunakan langsung oleh badan manusia memandangkan lemak babi tidak dapat dihidrolisiskan oleh badan manusia.

Dari aspek mikrobia

Parasit dalam babi berbeza dengan parasit dalam dalam haiwan seperti lembu. Cacing Taenia Saginata menggerumuni lembu dan terdapat dalam usus manusia menyempurnakan kitaran hidupnya di dalamnya. Oleh itu kemudaratan terbatas kepada kawasan di sekitar usus gastro dan mampu dibunuh dengan penggunaan ubat-ubatan. Sebaliknya, di dalam babi terdapat cacing Taenia Solium yang tidak dapat menyempurnakan kitar hidupnya di dalam usus menyebabkan ia terpaksa keluar melalui dinding-dinding usus dan masuk ke saluran darah sehingga ke seluruh badan manusia. Kuman-kuman ini akan berkumpul di organ-organ pemting seperti otak, mata, jantung, peparu dan hati boleh mendatangkan banyak penyakit berbahaya seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan histeria atau ketidakwarasan.

Dari aspek sikap

Antara sikap babi yang pelik dan terhina ialah babi jantan tidak kisah melihat pasangannya mengawan dengan babi jantan yang lain di hadapannya. Sikap ini tidak ada pada haiwan-haiwan lain. Di dalam situasi ini, perbuatan babi betina tersebut telah menunjukkannya sebagai pelacur yang paling teruk manakala pasangannya pula tidak bermoral apabila membiarkan pasangannya mengawan dengan babi-babi jantan lain di hadapan matanya sendiri tanpa sebarang perasaan peduli. Maka tidak hairan mengapa orang yang memakan babi menunjukkan personaliti yang buruk seperti babi termasuklah homoseksualiti dan perbuatan zina. Ini kerana kajian telah dibuat iaitu bahan makanan yang kita ambil sebenarnya mempengaruhi personaliti kita contohnya, anak lembu yang disuntik hormon diethylstilbestrol (DES) telah meninggikan karakter homoseksualiti. Contoh kajian yang lain ialah orang yang tidak dimasukkan protein haiwan langsung dalam diet mereka telah menunjukkan perubahan sikap kepada tidak bertoleransi, agresif, tidak bersosial dan hiperaktif manakala kembali normal setalah diberi makanan mengandungi protein haiwan. Babi juga merupakan haiwan yang kotor dan menjijikkan. Babi mengikuti lembu di ladang untuk memakan najis lembu tersebut, kemudian babi diambil menjadi daging babi untuk dipasarkan.


Share

No comments:

Post a Comment